Pada 16 Febuari 2013 Unit Sukan SMKTD telah mengadakan pertandingan larian SMKTD. Semua pelajar terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Keputusan Pertandingan :
Pada 16 Febuari 2013 Unit Sukan SMKTD telah mengadakan pertandingan larian SMKTD. Semua pelajar terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Keputusan Pertandingan :
Pada 16 Januari 2013, telah berlangsung Majlis Penyerahan Awal Bantuan Khas Persekolahan. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Hj. Nadzri b. Hj. Ismail, DPMP, PMP, AMP, PPT, Adun Manjoi. Semua pelajar diberikan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang.

Untuk melihat gambar sekitar majlis sila ke Galeri —–>
Pada hari Khamis 4 Jan 2013, Unit Kaunseling telah mengadakan orentasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 4. Tujuan orentasi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang subjek teras dan subjek elektif yang ditawarkan di SMKTD. Pada 5 Jan 2013 pula diadakan orentasi bagi pelajar tingkatan 3 yang baru meneruskan pelajaran ke sesi pagi dan taklimat kokurikulum oleh Pn. Hjh. Suraiya Hanim bt. Badiuzzaman, PK Kokurikulum SMKTD.
Kembali Ke Sekolah. Semoga kejayaan akan terus diraih. Selamat berjaya….
Pada 27 Disember 2012, warga SMKTD dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah Allahyarham Cikgu Sallehuddin bin Yang. Beliau telah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas asar, beliau adalah guru disiplin sesi petang. Sangat komited dengan setiap kerja yang diberikan. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan moga beliau ditempatkan di kalangan para solihin…alfatihah…
Pada hari Khamis 31 Oktober 2012 bertempat di dataran damai, majlis pohon restu bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 telah diadakan. Majlis ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar tingkatan 5 memohon ampun dan maaf serta restu daripada semua guru sebelum menghadapi peperiksaan SPM pada 5 November nanti. Moga semua pelajar berjaya dengan cemerlang.

Pendidikan Khas SMKTD telah berjaya merangkul Anugerah Pendidikan Khas Kategori Pendengaran 2012. Anugerah ini diberi atas kecemerlangan pelajar Pendidikan Khas SMKTD dalam bidang kokurikulum. Pelajar ini telah memenangi pertandingan futsal peringkat kebangsaan tempat yang ke3 dan pertandingan melukis dan mewarna peringkat kebangsaan tempat ke3. Tahniah dan syabas diucapkan..
Pada penghujung Oktober 2012, 2 orang guru iaitu Tn Hj. Rosdi b. Yahya dan En. Mohd. Hamdi b. Ishak, telah bertukar sekolah ats keperluan perkhidmatan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat yang telah dicurahkan kepada pelajar dan sekolah selama berkhidmat di SMKTD.

Tn. Hj. Rosdi b. Yahya






